RPH KSSM Bahasa Melayu Pelari Muda 5

Hai !

Semalam punya cerita. Kena terjah dengan pihak tertentu ketika menggunakan RPH ini.

Pemantauan dibuat selama 90 minit (3 masa) di kelas yang lemah pencapaian akademiknya. Rancangan pengajaran Komsas novel Pelari Muda aku buat agak santai tanpa aktiviti kolaberatif dan koperatif.

Nasib baik ada sedikit bahan fotostat untuk aktiviti pelajar. Semuanya berjalan lancar dan 'lakonan baik' pelajar memang menjadi.


Soalan pemahaman.

Pelajar berebut-rebut mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Perkara aneh yang tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Ha ha ha ...

Pihak yang menerjah menganggap dialog ini sebagai soalan KBAT. Jawapan daripada pelajar juga agak lucu sehingga ada yang ketawa.

Kesimpulannya, bertindak pantas dan tenang ketika terdesak dan bersedia dengan fotostat komik sebagai BBM umum untuk digunakan.

Adios gringos.

Comments

Popular posts from this blog

RPH KSSM Bahasa Melayu Sapelele Jauh Merantau.