Posts

RPH KSSM Bahasa Melayu Pelari Muda 5

Image
Hai ! Semalam punya cerita. Kena terjah dengan pihak tertentu ketika menggunakan RPH ini.   Pemantauan dibuat selama 90 minit (3 masa) di kelas yang lemah pencapaian akademiknya. Rancangan pengajaran Komsas novel Pelari Muda aku buat agak santai tanpa aktiviti kolaberatif dan koperatif. Nasib baik ada sedikit bahan fotostat untuk aktiviti pelajar. Semuanya berjalan lancar dan 'lakonan baik' pelajar memang menjadi. Soalan pemahaman. Pelajar berebut-rebut mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Perkara aneh yang tidak pernah berlaku sebelum ini.  Ha ha ha ... Pihak yang menerjah menganggap dialog ini sebagai soalan KBAT. Jawapan daripada pelajar juga agak lucu sehingga ada yang ketawa. Kesimpulannya, bertindak pantas dan tenang ketika terdesak dan bersedia dengan fotostat komik sebagai BBM umum untuk digunakan. Adios gringos.

RPH KSSM Bahasa Melayu Sapelele Jauh Merantau.

Image
Hari ini kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kod Standard Pembelajaran 1.5-Bersoal jawab tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan dan mengemukakan jawapan. 1.5.1-Mengemukakan soalan bertumpu untuk mengetahui pesanan, arahan, panduan dan tunjuk cara dengan betul tepat dan secara bertatasusila. 1.5.2-Memberikan jawapan yang sesuai tentang sesuatu perkara dengan betul, tepat dan secara bertatasusila. 1.5.3-Bersoal jawab dalam perbualan menggunakan soalan bertumpu dan mengemukakan jawapan yang sesuai dan betul secara bertatasusila. Aku sertakan 2 RPH untuk 2 kelas yang berbeza tahap penguasaan Bahasa.

RPH KSSM Bahasa Melayu Pelari Muda 3

Image
RPH Komsas Pelari Muda Bab 3 Kali ini aku sertakan soalan latihan untuk tahap rendah dan latihan tahap tinggi.  Aku harap benda ini dapat membantu korang.  Sekian, terima kasih. Alhamdulillah.

RPH KSSM Bahasa Melayu Ilmuwan Sains

Image
RPH hari ini merupakan kaedah pengajaran frasa nama yang paling sempoi. Guru sebagai fasilitator dan pelajar berusaha mencari ilmu yang terdapat di dalam buku. Senang nya menjadi guru. Wa ka ka ka ... marah pula cikgu-cikgu !

RPH KSSM Pendidikan Kesihatan Tindakan Wajar

Image
Ho ho ... This time really different. Pendidikan Kesihatan pula. Betul ke apa yang di tulis ni ? Korang adjustlah RPH ini mengikut selera korang. Aku hanya kongsikan sahaja. Jika ada teguran sila komen.

RPH KSSM Bahasa Melayu Pantun Patriotik

Image
Hai ! Juadah anda untuk hari ini.  Tidakku sangka ramai pelajar yang mampu mencipta pantun. Intonasi mereka pun bagus.

RPH KSSM Bahasa Melayu Bitara Permainan Tradisional

Image
Hai ! Apa khabar geng ? Korang ni sibuk memanjang. Ada saja kerja yang korang kena buat. Oleh itu aku bantu korang untuk menyelesaikan core business korang. Nah , ambil RPH ini untuk mengajar tatabahasa. Aku izinkan korang adjust mana-mana bahagian yang patut. Jangan lupa bersyukur kepada Tuhan atas bantuan ini.

RPH KSSM Bahasa Melayu Kem Waja Diri

Image
Hallo ! Hari ini aku bermurah hati memulakan blog ini untuk perkongsian RPH dari teman-teman aku yang bekerja di sekolah. RPH ini simple je. Menurut pendapat seorang kawan aku, RPH ini 'gila babi' susahnya untuk menyiapkan. Ada seorang teman wanita aku cakap, stress gila untuk menyiapkan RPH ini. Pakcik aku cakap, senang aje buat benda ni. Kau copy paste aje. Phuh ..... sempoi betul kepala otak Pakcik aku.